Ahad, 6 Mei 2012

Khamis, 19 Mei 2011

Illusi Sebuah Mimpi

Berterbangan ke kota-kota
Terhenti di tapak keriangan
Berhamburan permata jingga
Bermandikan keindahan.

Gelincir dunia dipandangan
Redup panas merubah keadaan
Bersilangan tangan mengapai
Sendi kaku kebujuran.

Suasana berganti bergemuruh dihati
Keriangan bertukar ngeri
Bumi luruh sendiri menyepi
Ku capai awan berlainan

Bayu bertiup sepi
Aku tinggal sendiri
Bagai tiada matahari
Lenyap dari pandangan gelisah
Ku menangis tiada teman.

Kedinginan lemas berpeluhan
Tersedar ku kesiangan.

Oh..

Ku merenung jiwa menyendiri
Illusi sebuah mimpi.

Puisi Cerita Semalam

Masihku terkenang kisah yang lalu,
Masih terbayang kemesraanmu,
Masih terdengar suaramu,
Masih terhidu wangian VanillaMuskmu,
Masih terpesona dengan keayuanmu,
Masih terbayang lenggukmu menyusun langkah.

Masih terakam kata nista dalam tulisanmu,
Masih terngiang kata-katamu di Pandan Indah,
Masih terasa hati ini dengan layanan itu..
Masih tergambar bait-bait tulisan melarikan cerita itu..
Ku catat suka duka itu sebagai..
Puisi Cerita Semalam.