Khamis, 19 Mei 2011

Illusi Sebuah Mimpi

Berterbangan ke kota-kota
Terhenti di tapak keriangan
Berhamburan permata jingga
Bermandikan keindahan.

Gelincir dunia dipandangan
Redup panas merubah keadaan
Bersilangan tangan mengapai
Sendi kaku kebujuran.

Suasana berganti bergemuruh dihati
Keriangan bertukar ngeri
Bumi luruh sendiri menyepi
Ku capai awan berlainan

Bayu bertiup sepi
Aku tinggal sendiri
Bagai tiada matahari
Lenyap dari pandangan gelisah
Ku menangis tiada teman.

Kedinginan lemas berpeluhan
Tersedar ku kesiangan.

Oh..

Ku merenung jiwa menyendiri
Illusi sebuah mimpi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan